Wednesday, February 11, 2009

PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PELBAGAI BIDANG




1)PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM BIDANG PENDIDIKAN


Multimedia adalah teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi dan manipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi. Multimedia berasaskan komputer boleh menjadikan proses pendidikan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan menarik di samping membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah. Kaedah ini membenarkan pelajar menggunakan sokongan audio-visual, biasanya persembahan grafik dan animasi teks bagi menyuarakan pendapatnya mengikut apa yang dikajinya.Salah satunya dalam bidang pendidikan

Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60 an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70 an telah memberi kesan yang mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia (NorHashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996).

Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untuk mengujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan dan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super Corridor atau MSC ). Pelaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dan internet, yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan (KPM, 1997). Penggunaan dan perkembangan internet yang meluas dalam bidang perniagaan dan komunikasi, akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan.


Peranan komputer dan internet dalam pendidikan

Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Lebih sedekad yang lalu, NCTM (National Council of Teachers' of Mathematics, 1980) mencadangkan supaya pengajaran matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik. Keadaan yang sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran lain di sekolah. Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pendidikan matematik. Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak bermakna jika seseorang pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah. Laporan Cockcroft (1982) menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebutan dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan setengah-setengah pelajar. Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui penggunaan komputer ( Lim, 1989 ). Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa aplikasi, seperti spreadsheet, multimedia dan internet.

2)PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM BIDANG ANIMASI

Multimedia sepertimana yang diketahui umum sememangnya telah lama wujud dan digunakan dalam kehidupan kita. Daripada persembahan menarik melalui permainan komputer, sumber rujukan dipusat-pusat membelibelah sehinggalah kepada pembelajaran interaktif melalui cakera padat. Multimedia secara sedar mahupun tidak telah mencorak serta merubah corak pemikiran serta tingkahlaku kita terhadap kebanyakkan aspek kehidupan. Multimedia juga telah berjaya membentuk bagaimana seseorang itu berfikir, belajar, berhibur, bersosial dan sebagainya.

1.3 Perfileman Animasi

Penggunaan multimedia dalam bidang perfileman kini semakin menjadi perhatian pengusaha-pengusaha filem.Teknologi animasi yang digunakan dalam pembikinan filem telah berjaya menarik perhatian penonton dan telah berjaya mengaut keuntungan yang besar kepada pengusaha perfileman. Kebanyakkan filem yang menggunakan animasi mendapat sambutan hangat daripada kalangan penonton. Filem-filem seperti Antz, Bugs Life, Toy Story dan kini yang terbaru Harry Potter mendapat pasaran yang mengkagumkan di seluruh dunia. Selain animasi, filem-filem bercorak aksi banyak menggunakan kesan khas (special effect) bagi menjadikan jalan cerita lebih menank serta meningkatkan penghayatan pengguna.





No comments:

Post a Comment